Perumahan Citra Raya Tangerang >> Andreas 021.4455.9767 in Property

Selasa, 23 November 2010

Perumahan Citra Raya Tangerang >> Andreas 021.4455.9767 in Property

http://propertinyaman.blogspot.com/2010/11/perumahan-citra-raya-tangerang-andreas.html

Tema Tulisan : Properti Rumah dan Info Properti Gratis
Judul Posting : Perumahan Citra Raya Tangerang >> Andreas 021.4455.9767 in Property : Properti Rumah dan Info Properti Gratis
Blog url : http://propertinyaman.blogspot.com/2010/11/perumahan-citra-raya-tangerang-andreas.html
Link Url : http://propertinyaman.blogspot.com/2010/11/perumahan-citra-raya-tangerang-andreas.html
kontes seo : peluang bisnis online tanpa ribet


<b>Perumahan</b> Citra Raya Tangerang &gt;&gt; Andreas 021.4455.9767 in Property


<b>Perumahan</b> Citra Raya Tangerang &gt;&gt; Andreas 021.4455.9767

Posted: 23 Nov 2010 08:23 AM PST

window.setTimeout(function() { document.body.className = document.body.className.replace('loading', ''); }, 10);

Sindrom gengster dan gelora pemuda

Posted: 23 Nov 2010 02:11 PM PST

Mudah cetak
E-mel

24 Nov 2010

KOMENTAR

E-MEL DARI MELBOURNE
Sindrom gengster dan gelora pemuda

Oleh
Ramli Puteh

MACAM ada yang tidak kena pada jiwa anak muda kita.

Beberapa malam yang lalu, sedang saya berjalan pulang di estet perumahan HDB, tetiba terdengar teriakan kuat.

Tampak seorang pemuda yang telinganya disumbat fon kepala yang agak besar. Lagu 'rap' menyelinap sambil dia turut menjerit sekuat hati.

Lagaknya mengejutkan orang di sekeliling. Seorang rakan saya berkata sudah beberapa malam pemuda itu berteriak 'rap' sambil mengitari kejiranan.

Beberapa laporan menyatakan keprihatinan tentang kesihatan mental anak muda Singapura.

Sering hal ini dikaitkan dengan stres atau tekanan kehidupan mereka.

Kini sejak kes samseng seperti menjadi-jadi, saya menjadi bimbang setakat mana anak muda kita dapat pelbagai stres - dari persekolahan, di rumah dengan keluarga berantakan atau proses perubahan pesat Singapura yang kian bersaing dengan kehadiran bakat asing.

Selain kisah anak muda bertatu dan berperangai ganas dengan menyertai samseng, timbul pula kisah seorang mahasiswa, 23 tahun, yang meraih biasiswa cemerlang tetapi dicekup di England kerana memiliki bahan lucah melibatkan anak kecil.

Kisah mahasiswa itu tentu menghampakan banyak pihak termasuk ibu bapanya dan pihak Kementerian Pendidikan (MOE).

Saya cuba mengkaji aspek perubahan masyarakat, terutama ke atas anak muda, antara dekad 1950-an dengan 1960- an. Golongan ini kini memimpin atau menjadi orang-orang tua di Singapura.

Memang banyak juga kes keganasan belia dalam tempoh penentuan laluan Singapura. Laporan The Straits Times pada 16 September 1957 mengisahkan dua remaja lelaki yang diserang di daerah Bukit Ho Swee oleh geng remaja.

The Straits Times pada 10 Mei 1958 melaporkan tentang geng remaja, Rasa Sayang Eh, yang beroperasi di Katong.

Geng samseng remaja itu menjadi terkenal selepas seorang pelajar diserang selepas enggan membayar wang perlindungan $3 di Katong Park.

Geng itu dikatakan dibentuk sebelum Hari Raya Puasa dan merekrut orang baru dengan merunduknya di perairan Tanjung Katong.

Jadi, isu gengster atau samseng merupakan isu lama di Singapura.

Terdapat juga laporan mengenai 'kesesatan seks' (budaya kuning). Selepas Perang Dunia Kedua, Singapura mempunyai banyak pentas joget moden, kabaret dan tempat pelacuran. Ratu persembahan erotik, Rose Chan (sehingga didendangkan dalam lagu Rose of Malaya), dan majalah lucah seperti Playboy popular ketika itu.

Namun, apabila pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) mula berkuasa pada 1959, ancaman samseng dan budaya lucah sudah mulai dikawal.

Dalam 1960-an pula muncul budaya 'hippie' dari Amerika dan penagihan dadah berat seperti morfin. Dalam 1960-an, Singapura terpisah daripada Malaysia dan timbul masalah pengangguran yang meluas.

Hakikatnya, Singapura dapat melalui semua liku zaman penuh dugaan tadi. Jadi, apakah sekarang kita alah?

Hakikatnya, anak muda memerlukan bimbingan.

Jadi, adakah sekolah sekarang terlalu fokus pada menyiapkan pelajar untuk lulus peperiksaan dan bukan lulus dugaan hidup? Dengan bertambah kurang peranan ibu bapa kerana kededua bekerja, bagaimanakah memupuk akhlak baik pada anak muda kita?

Walaupun warga Singapura kian menua, kita mempunyai banyak anak muda yang memerlukan bimbingan terutama dari segi pekerti.

Oleh itu, sekolah, Perkhidmatan Negara, program kejiranan oleh balai rakyat sehingga jawatankuasa blok amat penting untuk membantu anak muda kita.

Kalau benar wujudnya semacam 'krisis jiwa' di kalangan anak muda Singapura, kita mesti mengatasinya dengan gigih. Masa depan Singapura di tangan mereka.



---Page Information
peluang bisnis online tanpa ribet URL : http://propertinyaman.blogspot.com/2010/11/perumahan-citra-raya-tangerang-andreas.html
TITLE : Perumahan Citra Raya Tangerang >> Andreas 021.4455.9767 in Property
BLOG : http://propertinyaman.blogspot.com/2010/11/perumahan-citra-raya-tangerang-andreas.html
Rate : W3 Directory - the World Wide Web Directory
---End Information

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut