KPR BNI: Jumlah KPR Bakal Meningkat Tahun 2011 in Property |
KPR BNI: Jumlah KPR Bakal Meningkat Tahun 2011 Posted: 28 Dec 2010 08:04 AM PST JAKARTA, KOMPAS.com - Direktur Treasury Bank Tabungan Negara (BTN) Tbk Saut Perdede optimistis jumlah kredit perumahan akan tetap meningkat pada 2011 meski ada keharusan calon nasabah memiliki Nomor Pokok Wajib Pajak (NPWP). Itu bukan hambatan untuk penyerapan rumah bersubsidi yang didukung program Fasilitas Likuiditas Pembiayaan Perumahan (FLPP). Ketimpangan yang terjadi saat ini justru pada persoalan 'supply' dan 'demand'. -- Saut Pardede "Itu bukan hambatan untuk penyerapan rumah bersubsidi yang didukung program Fasilitas Likuiditas Pembiayaan Perumahan (FLPP). Ketimpangan yang terjadi saat ini justru pada persoalan ’supply’ dan ’demand’," kata Saut Perdede di Jakarta, Minggu. Saut Pardede mengatakan, masalah ketidakseimbangan pasokan dan permintaan muncul karena FLPP baru diterbitkan pada Oktober ini sehingga pihak pengembang belum siap untuk penyediaan perumahan bersubsidi. "Memang untuk penyediaan rumah kita selalu kekurangan. Per tahun yang tersedia hanya 300-400 ribu unit, tapi peminatnya jutaan," ujarnya. Untuk itu, katanya, BTN pada 2011 menargetkan pertumbuhan kredit sebesar 25-30 persen. Caranya, BTN akan menfokuskan diri di kredit subsidi melalui dukungan FLPP dari pemerintah dan kredit komersial. Dia mengakui ada penurunan untuk penyerapan kredit perumahan bersubsidi pada 2010 dibanding 2009, karena kredit komersial masih lebih tinggi dibanding kredit bersubsidi, dengan jumlah kredit komersial di atas 30 persen dan kredit subsidi di bawah 30 persen. Tapi, lanjutnya, di 2011 dengan pengembang yang sudah lebih familiar dan anggaran pemerintah yang lebih besar serta permintaan yang terus meningkat, kredit bersubsidi ini akan bisa ditingkatkan menjadi 100.000 unit. Sementara untuk Dana Pihak Ketiga (DPK), BTN menargetkan pertumbuhan di atas 30 persen. "Ini karena kita ingin menangkap kesempatan di kredit perumahan," ujar Saut. Sedangkan untuk meningkatkan kinerja di bidang pendanaan, BTN akan meluncurkan beberapa produk baru tabungan. "Sekarang ini ada tiga tabungan baru yakni BTN Junior, BTN Juara, dan Tabungan Haji. Tahun 2011 akan ada lagi produk baru yang akan kita luncurkan," kata Direktur Konsumer BTN, Irman A Zahiruddin. Khusus Tabungan Junior, menurut Irman, produk ini sebetulnya merupakan "relaunching" dari produk BTN Batara Junior. Ditujukan kepada anak-anak agar gemar menabung dengan usia 12 tahun (Junior) dan di atas 12 tahun (Juara). Dengan jumlah nasabah BTN yang saat ini sebanyak enam juta orang, menurut Irman, kalau ada tambahan 10 persen saja tambahan dari produk baru ini, itu berarti ada tambahan nasabah sebanyak 600.000 orang. Irman mengakui peluncuran produk baru ini juga masih akan dilanjutkan pada 2011. "Banyak produk yang akan kita keluarkan di 2011, karena secara teknologi sudah mendukung untuk itu. Namanya produk apa, nanti tunggu peluncurannya" katanya. |
Rumah, COE, kos hidup dijangka antara isu pilihan raya Posted: 28 Dec 2010 03:42 PM PST Mudah cetak E-mel ![]() 29 Dis 2010 ![]() SINGAPURA ![]() Rumah, COE, kos hidup dijangka antara isu pilihan raya ![]() Oleh Hisham Hasim ISU-ISU seperti perumahan awam, pekerjaan dan kos kehidupan yang melambung tinggi diramalkan kekal menjadi antara topik hangat yang akan mewarnai Pilihan Raya Umum akan datang, yang disebut-sebut bakal berlangsung tahun depan. Namun, mereka yang dihubungi Berita Harian berkata belanjawan negara yang dijangka dibentangkan sekitar Februari tahun depan diharap akan membawa 'berita baik' kepada penduduk. Cik Nur Azlin Yasin, yang mendirikan rumah tangga pada Hari Natal lalu, berkata isu harga flat akan menjadi topik hangat yang akan terus diperbahaskan. 'Teman-teman sebaya saya yang baru berumah tangga 'mengadu' agak sukar mendapatkan flat HDB (Lembaga Perumahan dan Pembangunan) dan masa menunggunya pula adalah antara dua dengan tiga tahun. 'Saya pun baru memohon dan apabila giliran saya tiba, jumlah yang ditawarkan adalah terhad dan tidak menepati keinginan saya,' kata Cik Azlin, 25 tahun. Encik Azman Osman pula berkata soal kemampuan seseorang untuk membeli flat masih menghantui masyarakat. 'Beberapa tahun lalu, flat tiga bilik saya baru sekitar $125,000. Sekarang dah mencecah lebih $200,000. Flat-flat baru yang ditawarkan HDB juga lebih $200,000 ke atas,' keluh Encik Azman, sambil berkata langkah-langkah menyejukkan pasaran hartanah yang diperkenalkan 'masih terlalu awal untuk dilihat keberkesanannya'. Hal yang sama turut disuarakan Cik Rafeah Ali, 41 tahun, yang bimbangkan tentang masa depan generasi muda yang mungkin tidak akan mampu membeli flat sendiri dan terpaksa terus tinggal bersama ibu bapa. Kos hidup yang tinggi, termasuk kos pengangkutan dan pendidikan anak-anak, turut mendapat perhatian mereka yang dihubungi akhbar ini. Bagi Cik Azrina Husain, 26 tahun, yang baru berumah tangga, beliau mendapati kos hidup yang meningkat harus juga diambil perhatian, khususnya kos penjagaan kesihatan. 'Ini memandangkan demografi penduduk yang semakin berumur di sini,' ujarnya. Harga petrol dan sijil hak memiliki (COE) kenderaan yang naik turut mendapat perhatian ramai, khususnya pemilik kenderaan. 'Bagi pemilik kereta, kos pengangkutan seperti harga petrol dan Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) sudah agak membebankan. Inikan pula harga COE yang semakin melambung,' kata Encik Azman Ali, 42 tahun. Menurut Encik Edwan Nizar, 37 tahun, yang mempunyai empat anak, kos pendidikan juga mendapat perhatiannya kerana tidak seperti golongan bergaji rendah yang menerima pelbagai subsidi, golongan pertengahan atau sandwiched class turut berasa tekanan untuk menyekolahkan anak-anak. Namun, rata-rata pengundi berharap belanjawan yang dibentangkan nanti akan membawa keceriaan kepada penduduk. Ini lebih-lebih lagi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, sendiri baru-baru ini menyatakan bahawa rakyat Singapura boleh menjangkakan berita baik apabila ia diumumkan kelak. Ini kerana pemerintah meraih pendapatan lebih daripada yang dianggarkan hasil pertumbuhan baik, yang akan dimanfaatkan bagi meningkatkan mutu kehidupan rakyat. 'Oleh kerana ia 'tahun pilihan raya', sama-sama kita nantikan apakah yang ingin diberikan pemerintah,' kata seorang pegawai pemasaran yang tidak mahu namanya disiarkan. Beberapa pengundi juga berharap pilihan raya akan datang menjadi lebih hebat memandangkan langkah mengadakan lebih banyak kawasan undi perseorangan (SMC), dan jangkaan lebih ramai calon pembangkang lebih bermutu diketengahkan. Bagi seorang peguam, Encik Amrin Amin, 31 tahun, pilihan raya akan datang juga dijangka lebih menarik kerana ramai golongan muda akan mengundi. 'Dengan adanya Facebook dan sebagainya, masyarakat kita kini lebih matang dan berpendidikan untuk menilai calon-calon dan agenda yang diketengahkan dan membuat pemilihan masing-masing,' katanya. Encik Muhd Dzul Azhan Sahban pula berkata beliau menyokong mana-mana pihak yang dapat membawa perubahan. 'Jika parti pembangkang dapat menampilkan caloncalon berkualiti, masyarakat harus memberikan mereka peluang. Namun sejauh ini, apa yang saya lihat ialah belum ada yang menyerlah,' kata eksekutif penjualan yang berusia 29 tahun itu. |
You are subscribed to email updates from rss indonesia rakhma To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 komentar:
Posting Komentar