Rakyat Pos › Gubernur Serahkan Kunci <b>Perumahan</b> PNS in Property |
Rakyat Pos › Gubernur Serahkan Kunci <b>Perumahan</b> PNS Posted: 30 Dec 2010 09:59 AM PST Pangkalpinang – Gubernur Kepulauan Bangka Belitung, Eko Maulana Ali kemarin (30/12) menyerahkan kunci rumah Pegawai Negeri Sipil (PNS) di lingkungan Pemprov Babel di kawasan Griya Padang Baru. |
Rebat bil elektrik, air $50j bagi 800,000 keluarga di flat HDB Posted: 30 Dec 2010 02:14 PM PST Mudah cetak E-mel ![]() 31 Dis 2010 ![]() SINGAPURA ![]() Rebat bil elektrik, air $50j bagi 800,000 keluarga di flat HDB ![]() Rebat U-Save diberi pada Januari dan Julai ![]() Oleh Nuradilah Mahbob SEKITAR 800,000 pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh menjangkakan menerima rebat sejumlah $50 juta bagi bil elektrik dan air bermula Januari, pada tahun baru ini. Ini diumumkan Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan akhbar, semalam. Pemberian ini merupakan sebahagian daripada rebat Utilities-Save (U-Save) bernilai $80 juta yang akan diberikan pemerintah pada bulan depan dan Julai. Rebat U-Save ini boleh digunakan bagi mengimbangi bil penyenggaraan seperti bil elektrik dan air. Pemilik warga Singapura akan menerima agihan pertama bermula bulan depan. Baki $30 juta akan diagihkan pada peringkat kedua iaitu Julai. Sebuah keluarga boleh menerima rebat U-Save sehingga $190, bergantung kepada jenis flat HDB yang didiami. Bagi keluarga yang tinggal dalam flat HDB satu bilik atau dua bilik, mereka akan menerima $100 bulan depan dan $90 pada Julai. Menurut kenyataan MOF semalam, rebat berjumlah $190 ini akan membantu mereka melunaskan sekitar 20 peratus daripada bil tahunan penyenggaraan mereka pada puratanya. Bagi penduduk flat tiga bilik, mereka akan menerima $70 bulan depan dan $50 pada Julai. Manakala penduduk flat empat bilik pula akan menerima $65 bulan depan dan $45 pada Julai. Penduduk flat lima bilik pula akan menerima $40 bulan depan dan $30 pada Julai. Penduduk flat eksekutif pula akan menerima $25 bulan depan dan $20 Julai nanti. Menurut kenyataan itu lagi, rebat U-Save itu sebahagian daripada Pakej Mengimbangi GST (GST Offset Package) bernilai $4 bilion bagi membantu warga Singapura mengharungi kos kehidupan yang semakin meningkat. Pakej itu pertama kali diumum pemerintah dalam Belanjawan 2007. Ia juga disasarkan kepada warga Singapura, terutama keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan. Rebat U-Save boleh digunakan bagi mengimbangi harga bil penyenggaraan secara langsung. Nilai rebat akan dipaparkan dalam bil bagi Januari dan Julai depan bagi keluarga yang layak. Tahun lalu, pemerintah memberi rebat U-Save berjumlah $106 juta bagi bil elektrik dan air kepada sekitar 800,000 pemilik flat HDB. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung rebat U-Save, orang ramai boleh menelefon Perkhidmatan SingPower di 1800-2222-333. |
You are subscribed to email updates from rss indonesia rakhma To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 komentar:
Posting Komentar