1/02/2011 11:37:00 PM - <b>Perumahan</b> Citra Raya Tangerang >> Andreas <b>...</b> in Property |
1/02/2011 11:37:00 PM - <b>Perumahan</b> Citra Raya Tangerang >> Andreas <b>...</b> Posted: 02 Jan 2011 08:37 AM PST Galeri Pemasaran Perumahan Citra Raya Cikupa Tangerang Ciputra Group, info lebih lanjut hubungi Andreas 021.4455.9767. |
PM: S'pura perlu terus hasilkan warga yang berkemahiran tinggi Posted: 02 Jan 2011 02:13 PM PST Mudah cetak E-mel ![]() 3 Jan 2011 ![]() SINGAPURA ![]() PM: S'pura perlu terus hasilkan warga yang berkemahiran tinggi ![]() Oleh Hisham Hasim PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata meskipun sistem pendidikan Singapura telah berjalan dengan baik ia juga menghadapi saingan sengit dari negara lain yang turut mempamerkan kecemerlangan rakyatnya dalam bidang tersebut. Justeru adalah penting bagi Singapura untuk terus membuat kemajuan demi menghasilkan penduduk yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan serta idea bagi menjadikan Singapura sungguh istimewa. Berucap di Majlis Penyampaian Biasiswa Edusave dan Anugerah Dermasiswa di Sekolah Rendah Townsville, semalam, Encik Lee menarik perhatian para hadirin mengenai ucapan Tahun Barunya baru-baru ini. Dalam ucapan tahun barunya itu, Encik Lee menyentuh tentang satu tinjauan - Program bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) - yang menyenaraikan pelajar Singapura di kedudukan lima teratas di kalangan 65 negara. Ini dibuat berdasarkan subjek bacaan, matematik dan sains. 'Ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan kita berjalan baik, menunjukkan kelakonan pelajar kita yang baik dan memberi kita keyakinan bahawa apabila anda membesar dan keluar bekerja kelak, anda mempunyai pendidikan yang baik dan mampu peroleh kerja yang baik,' kata Encik Lee. Beliau menambah, pemerintah mahu menjadikan negara lebih baik - inginkan ekonomi supaya berkembang, menjadikan estet-estet perumahan lebih cantik dan memberi pekerjaan, peluang dan kehidupan yang lebih baik bagi penduduk. Namun ia juga bergantung kepada rakyat Singapura untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran dan pendidikan yang baik sebagai permulaan, kata Encik Lee. Justeru beliau berkata, berdasarkan tinjauan Pisa itu, negara masih perlu bersaing dengan negara-negara lain yang di hadapan senarai seperti Finland, Hongkong, Korea, Taiwan dan China. 'Shanghai khususnya, berada di tempat teratas dan ini menyentak orang Eropah dan Amerika apabila mendapati kaum Cina di Shanghai di kedudukan teratas. 'Bukan saja orang Cina bergaji rendah dan murah malah mereka berkemahiran dan berkeupayaan dan akan terus membuat kemajuan. 'Justeru untuk kita bersaing dengan mereka, adalah penting untuk terus membuat kemajuan dalam pendidikan bagi rakyat kita dan membawa masuk bakat asing dari seluruh dunia agar kita dapat terus mempunyai rakyat yang berkemahiran, berpengetahuan dan idea yang akan membuat Singapura negara sungguh istimewa,' ujar Encik Lee. Majlis Penyampaian Biasiswa dan Dermasiswa Divisyen Teck Ghee itu menyaksikan seramai 174 pelajar menerima Biasiswa Edusave bernilai $86,350. Sementara lagi 444 pelajar menerima Dermasiswa berjumlah $86, 550. Dalam ucapannya, Encik Lee turut merakamkan penghargaan kepada sokongan yang diberi masyarakat, para pemimpin akar umbi dan para dermawan yang memberi peluang dan memajukan lagi pendidikan para pelajar di Teck Ghee. Tahun ini menyaksikan satu jumlah derma rekod yang disumbangkan para dermawan - sebanyak $128,000 - bagi membiayai dermasiswa serta program bantuan lain. |
You are subscribed to email updates from rss indonesia rakhma To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 komentar:
Posting Komentar