Memahami ekologi perumahan in Property |
Posted: 28 Jan 2011 10:36 AM PST Oleh SHAHARUDIN IDRUS SEJAK kebelakangan ini, isu-isu ketidaklestarian yang menyangkut tentang rumah dan perumahan kembali menghiasi laporan akhbar-akhbar utama di negara ini. Isu yang dilaporkan berkait dengan peningkatan harga rumah yang melampau, kualiti rumah yang begitu rendah, sampah-sarap terbiar serta rumah terbengkalai yang menjadi tempat pembiakan dan sarang nyamuk Aedes yang menyebabkan demam denggi, sehinggalah membawa kepada isu-isu keselamatan warga yang tinggal di kawasan perumahan terutamanya kanak-kanak, wanita dan warga emas di bandar-bandar utama negara ini. Itu tidak termasuk lagi isu tanah runtuh, banjir kilat dan pencemaran bau busuk yang melanda kawasan perumahan. Kesemuanya menuntut satu penyelesaian konkrit, menyeluruh dan bersepadu. Isu kenaikan harga rumah yang melambung sering kali mendapat perhatian terutamanya kepada bakal pembeli rumah golongan muda yang baru menceburi dunia pekerjaan. Beralaskan jumlah pendapatan yang tidak seberapa, kemungkinan untuk memiliki sebuah rumah bagi golongan ini adalah agak sukar. Walaupun kini kerajaan menyatakan bahawa deposit 10 peratus daripada harga rumah yang ingin dibeli tidak lagi perlu dibayar kepada pemaju perumahan, namun, harga rumah yang rata-ratanya tinggi jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan penduduk dan diiringi pula dengan kenaikan harga barangan keperluan akan membantutkan usaha golongan muda untuk mendapatkan sebuah rumah. Rumah mewah yang berharga satu juta dan ke atas ditentukan harga pasaran oleh sebilangan individu yang mempunyai modal yang besar dan membuka pasaran kepada orang asing atau luar negara. Oleh kerana kadar tukaran mata wang negara tertakluk kepada kadar tukaran antarabangsa, ini menyebabkan harga rumah mewah yang ditawarkan itu seolah-olah seperti harga sebuah rumah kos sederhana bagi sesetengah pelabur dan pemodal luar. Justeru, bukanlah menjadi masalah besar bagi warga asing dari negara jiran, malahan terdapat pemilik rumah dari India yang bekerja di Amerika Syarikat membeli rumah di negara ini. Kecanggihan sistem pengangkutan udara dan darat yang terhampar indah merupakan antara faktor utama mereka untuk memiliki rumah di Malaysia. Namun begitu, spekulasi harga rumah yang berlaku menyebabkan penduduk tempatan terpaksa bersaing dengan warga asing untuk mendapatkan rumah yang diimpikan. Sementara warganegara yang berpendapatan sederhana dan rendah hanya akan termangu dan terpaksa bergelut dengan pasaran terbuka ini semata-mata untuk mendapatkan sebuah rumah yang selesa. Setelah rumah tersebut diperoleh pula, pelbagai lagi senarai tanggungjawab yang belum selesai terpaksa ditempuh sehinggalah bayaran hutang rumah dilunaskan, malahan mungkin membawa kepada generasi seterusnya dalam kitaran keluarga tersebut. Isu-isu ketidakpuasan hati yang dibangkitkan oleh penduduk ini telah dan sedang mendapat perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan isu-isu berkaitan. Walau bagaimanapun, seringkali pula isu yang dibangkitkan itu tidak mendapat penyelesaian yang tuntas kerana pendekatan yang diambil dalam menyelesaikan isu-isu tersebut dibuat secara terpisah kerana bidang kuasa dan tanggungjawab yang berbeza di antara jabatan yang bertindak. Kesemua isu-isu ketidaklestarian yang dibangkitkan itu saling berkait antara satu dengan lain yang boleh dirangkaikan dan dilihat dari perspektif dan pemikiran ekologi perumahan bandar. Kedua-dua perumahan di kawasan bandar dan desa pastinya berbeza isu yang dibangkitkan dan cara bertindak yang perlu dilakukan. Isu perumahan yang ditimbulkan di bandar adalah lebih kompleks, melibatkan banyak pihak berkepentingan, dinamik dan lebih pelbagai sekali gus menuntut satu perspektif yang lebih berkesan untuk merungkai permasalahan yang berlaku. Pemahaman ekologi perumahan ini adalah penting untuk semua pihak yang terlibat tidak berasa terpinggir dan terasing dalam membantu menyelesaikan masalah yang timbul, selain tidak menimbulkan kegusaran yang berpanjangan di kalangan penduduk kawasan perumahan ini. Peningkatan isu-isu yang bersifat kompleks ini menuntut pemahaman yang lebih tuntas tentang proses yang berlangsung walau di peringkat mana sekalipun isu tersebut berlaku. Isu yang saling berkait di antara satu sama lain ini perlu diteliti, difahami dan dirungkai menurut pelbagai teras disiplin ilmu (multi-disiplin, inter-disiplin dan trans-disiplin) untuk mendapatkan penyelesaian masalah sebenar yang dihadapi penduduk. Lantaran, untuk memperoleh sebuah kawasan perumahan yang berdayahuni (livable housing), pendekatan kompleksiti iaitu pendekatan yang menyediakan ruang pemikiran untuk memahami perkara yang sebenar-benarnya berlaku berlandaskan skala kawasan perumahan wajar difikir, dilaksana dan diperluaskan. Isu yang timbul tidak wajar dilihat dari jauh semata-mata tetapi perlu memahami sedalam-dalamnya isu yang diluahkan oleh penduduk tersebut, diletak dan disesuaikan di dalam konteks ekologi perumahan tadi agar penyelesaian yang diambil tidak lagi bersifat ad hoc dan seolah-olah sambil lewa sahaja. Jika tidak, senarai isu yang sama akan kembali kedengaran dan didendangkan setiap kali kawasan perumahan siap dihuni dan perkara ini akan berterusan tanpa penyelesaian yang benar-benar konkrit dalam jangka masa panjang. Maka setiap kali itu jugalah, pihak pentadbir bandar akan bersuara dan cuba membuat pelbagai perkara untuk menyelesaikan masalah warga di taman perumahan itu. Namun hakikat sebenarnya, penyelesaian yang diharapkan tidak pernah kunjung tiba. Governans kompleksiti perumahan (complexity governance) perlu difikirkan dengan lebih mendalam agar isu ketidaklestarian perumahan yang berangkaian pula dengan isu-isu sosial lainnya tidak semakin parah natijahnya pada masa mendatang. Shaharudin Idrus Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia |
UCLA Menerima Sumbangan Rp903 M Posted: 28 Jan 2011 04:34 AM PST LOS ANGELES – Pengusaha kaya asal Amerika Serikat, Meyer Luskin dan istrinya, Renee, memberikan sumbangan sebesar USD100 juta (Rp903 miliar) kepada University of California-Los Angeles (UCLA). Donasi ini merupakan sumbangan terbesar kedua yang pernah diberikan ke universitas yang berlokasi di Westwood, Los Angeles tersebut. Sumbangan terbesar diberikan pengusaha kaya di bidang industri hiburan, David Geffen. Dia memberikan sumbangan sebesar USD200 juta (Rp1,8 triliun) ke Sekolah Kedokteran UCLA pada 2002. Sumbangan Luskin akan dibagi rata antara UCLA School of Public Affairs dan pusat konferensi perumahan. Luskin lulus dari UCLA pada 1949 dengan gelar di bidang ekonomi. Kini, Luskin menjadi Presiden, CEO dan Ketua Scope Industries, perusahaan yang memproduksi pakan ternak. “Saya tinggal dan bekerja di daerah tersebut dan ingin memberikan kembali dengan cara yang kreatif dan unik. Saya memiliki materi yang dibutuhkan,” urai Luskin yang berasal dari Southern California seperti dilansir XinHua, Jumat (28/1/2011). “Saya sedang membuat investasi yang saya pikir penting untuk masyarakat, masa depan, dan dunia yang cucu saya akan tinggali. Saya melakukan lebih banyak untuk cucu saya guna mewujudkan masyarakat yang lebih baik, ketimbang memberi mereka uang, yang tidak akan berarti banyak,” ujarnya. Menurut Luskin, UCLA adalah salah satu universitas terbesar di dunia. Karena itu, sangat penting bagi dia untuk memberi sehingga orang lain dapat menikmati manfaat yang sama. UCLA School of Public Affairs dan pusat konferensi perumahan akan dinamai Luskin dan istrinya. Donasi Luski diapresiasi oleh Dekan School of Public Affairs, Franklin D. Gilliam Jr. “Kemurahan hati Luskin ini memungkinkan kita untuk memperluas debat untuk beberapa pertanyaan menantang di masa kita. Bagaimana kita merancang kota modern yang layak huni dan berkelanjutan? Bagaimana kita mengasimilasi imigran sambil mengamankan perbatasan kita? Bagaimana kita bergerak menuju masyarakat yang adil dan merata?,” ujar Gilliam. Dia menambahkan, mayoritas uang dari USD50 juta yang ditujukan untuk School of Public Affairs, akan digunakan untuk dana hibah dengan prioritas beasiswa mahasiswa pascasarjana, profesor fakultas dan program baru dalam studi perkotaan dan keadilan sosial.(fmh) |
You are subscribed to email updates from rss indonesia rakhma To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 komentar:
Posting Komentar