Separuh daripada 677 permohonan skim beli balik pajakan diluluskan in Property |
Separuh daripada 677 permohonan skim beli balik pajakan diluluskan Posted: 11 Jan 2011 02:05 PM PST Mudah cetak E-mel ![]() 12 Jan 2011 ![]() SINGAPURA ![]() Separuh daripada 677 permohonan skim beli balik pajakan diluluskan ![]() SEHINGGA 31 Disember lalu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah menerima 677 permohonan bagi skim beli balik pajakan (LBS), kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Mah Bow Tan, di Parlimen semalam. Daripada bilangan tersebut, 338 telah diluluskan dengan 321 daripadanya telah pun menerima habuan bulanan, sementara baki 17 pemohon akan menerima habuan bulanan menjelang akhir bulan ini. 'Secara purata para pemohon menerima bayaran bulanan $622. 'Sebanyak 112 permohonan telah ditolak kerana pemohon tidak memenuhi kriteria kelayakan. Lagi 50 permohonan dibatalkan oleh pemilik rumah selepas pertimbangan. Baki 177 permohonan kini sedang diproses,' ujar Encik Mah. Beliau berkata demikian sebagai memberi jawapan bertulis kepada soalan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim (GRC Marine Parade) yang ingin tahu perkembangan terkini skim LBS. Di bawah LBS, HDB membeli balik baki nilai pajakan sesetengah flat yang tempoh pajakan flat itu dipendekkan kepada 30 tahun. Sebagai pulangan, pemilik flat mendapat bonus $5,000 dan pendapatan seumur hidup daripada rancangan anuiti Lembaga CPF. Sekiranya pemilik flat di bawah LBS itu meninggal dunia lebih awal sebelum berakhir tempoh pajakan 30 tahun, isteri atau anaknya diberi pilihan terus menetap di situ bagi baki tempoh 30 tahun atau mendapat bayaran balik daripada baki pajakan flat. Menurut Encik Mah, skim LBS merupakan pilihan bagi pemilik flat warga tua yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai pilihan untuk berpindah ke flat lebih kecil atau membeli apartmen studio. Katanya, pemilik flat warga tua perlu menimbangkan pilihan yang sesuai dalam menentukan sendiri pilihan pengewangan yang boleh diambil termasuk menyewakan beberapa bilik flat HDB atau membeli flat lebih kecil. |
Bayi Baru Lahir Dibuang di Semak-Semak Posted: 11 Jan 2011 08:15 AM PST SIDOARJO - Bayi yang baru dilahirkan dibuang di semak-semak dekat Perumahan Lajola, jalan masuk dari Jalan Lingkar Timur ke Desa Kemiri, Kecamatan Kota Sidoarjo, Senin (10/1) malam. Bayi tersebut ditemukan oleh Jamhari (52), warga RT 8 TW 3 Desa Kemiri yang kebetulan melintasi jalan itu. |
You are subscribed to email updates from rss indonesia rakhma To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 komentar:
Posting Komentar