Hampir 25,700 famili raih manfaat Geran Perumahan Tambahan $442 juta in Property |
| Hampir 25,700 famili raih manfaat Geran Perumahan Tambahan $442 juta Posted: 21 Oct 2010 03:11 PM PDT Mudah cetak E-mel 22 Okt 2010 SINGAPURA Hampir 25,700 famili raih manfaat Geran Perumahan Tambahan $442 juta SEJUMLAH $442 juta telah diberikan melalui Geran Perumahan Tambahan (AHG) sejak ia diperkenalkan empat tahun lalu. Sehingga bulan lalu, hampir 25,700 keluarga telah meraih manfaat daripada AHG. Skim AHG, yang diperkenalkan pada Mac 2006 dan diperhalusi tahun lalu, adalah geran tambahan kepada subsidi lain, termasuk Geran Perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang dinikmati pembeli flat baru dan jualan semula. Geran itu bertujuan mengurangkan pinjaman membeli flat dan ia dimasukkan ke dalam akaun CPF pemohon. Di bawah skim itu, mereka yang berpendapatan $5,000 sebulan atau kurang boleh memohon mendapatkan AHG sehingga $40,000. Sementara itu, bagi tahun kewangan 2009/2010, HDB telah membelanjakan $502 juta bagi geran perumahan CPF. Menurut laporan tahunan HDB, jumlah itu adalah 52 peratus lebih tinggi daripada jumlah $331 juta yang diberikan pada tahun kewangan 2008/2009. Bagi tahun kewangan lalu, 4,990 flat telah dijual di bawah program pemilikan rumah. Jumlah itu adalah 5 peratus lebih tinggi berbanding tahun kewangan sebelumnya. Menurut HDB, geran perumahan CPF merupakan komponen penting dalam program pemilikan rumah. 'Memandangkan jumlah geran yang diberikan amat besar, HDB menanggung defisit belanjawan bagi setiap tahun kewangannya,' jelas HDB. Bagi tahun kewangan lalu, HDB menanggung defisit $562 juta bagi program pemilikan rumah. Tetapi defisit itu jauh lebih rendah daripada defisit $1.553 bilion yang ditanggungnya bagi tahun kewangan 2008/2009. HDB berkata defisit itu disebabkan oleh peruntukan lebih rendah bagi kerugian yang diramalkan untuk hartanah di bawah pembangunan kerana kurangnya kontrak pembinaan yang diberikan tahun itu. Namun begitu, defisit yang ditanggung bagi program peningkatan mencecah $709 juta - $13 juta lebih banyak daripada tahun kewangan sebelumnya. Bertambahnya defisit bagi program peningkatan itu disebabkan oleh lebih banyak unit flat yang menjalani program peningkatan dan program peningkatan lif tahun ini, kata HDB. HDB turut melahirkan komitmen untuk menyelesaikan program peningkatan lif (LUP) yang dijangka menelan belanja sekitar $5.5 bilion menjelang 2014. Sejauh ini, kata HDB, 4,900 blok telah ditawarkan untuk menjalani LUP. |
| PP Galang Pendanaan Rp1 Triliun Posted: 21 Oct 2010 06:13 AM PDT JAKARTA - Perusahaan konstruksi dan investasi, PT Pembangunan Perumahan Tbk (PTPP) berencana menerbitkan obligasi berjangka menengah (medium term notes/MTN) senilai maksimal Rp1 triliun. Dana tersebut guna ekspansi usaha. |
| You are subscribed to email updates from rss indonesia rakhma To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 komentar:
Posting Komentar