Permohonan bagi pinjaman dijangka berkurang in Property |
| Permohonan bagi pinjaman dijangka berkurang Posted: 14 Jan 2011 02:06 PM PST Mudah cetak E-mel 15 Jan 2011 EKONIAGA Permohonan bagi pinjaman dijangka berkurang PERMOHONAN bagi pinjaman perumahan baru dijangka berkurangan disebabkan syaratsyarat baru pemerintah dalam pasaran hartanah. Oleh kerana jumlah wang tunai lebih tinggi diperlukan bagi membeli rumah privet, syarat itu dijangka menyebabkan bakal pembeli berfikir dua kali sebelum membeli rumah privet kedua atau selanjutnya. Ketua Pinjaman Pelanggan Dijamin OCBC, Cik Phang Lah Hwa, berkata ia masih terlalu awal untuk melihat berapa banyak permohonan pinjaman rumah privet akan berkurang. 'Kami jangkakan terdapat kesan bagi permohonan pinjaman perumahan baru dengan potensi pembeli menjadi lebih berhati-hati dan mengambil masa untuk menyemak pilihan mereka.' Ketua Deposit dan Pinjaman Dijamin DBS, Cik Lui Su Kian, berkata bank itu sentiasa menggalak pembeli rumah agar berhati-hati kerana pinjaman perumahan adalah komitmen jangka panjang. 'Syarat-syarat baru ini akan menjejas pelabur yang memerlukan wang pendahuluan lebih tinggi,' tambahnya. Pengarah Perniagaan Huraian Kewangan Dijamin Citi, Encik Vibha Coburn, menyatakan bahawa syarat-syarat baru itu akan mengurangkan spekulasi dalam pasaran. 'Ia juga akan memberi peluang kepada pembeli pertama kali dan pembeli yang ingin tinggal di rumah privet lebih banyak peluang mendapatkan rumah impian mereka,' katanya. |
| Posted: 14 Jan 2011 02:03 PM PST Mudah cetak E-mel 15 Jan 2011 SINGAPURA Merlion megah di Surabaya IKON Singapura, Merlion, kini tidak lagi eksklusif di Kota Singa ini. Kunjungan Berita Harian ke sebuah estet perumahan mewah di barat Surabaya mendapati 'kembar' Merlion itu, juga berwarna putih dan sama tinggi, berdiri megah di tepi sebuah kolam air di situ (gambar). Malah, banyak lagi ikon Singapura dijadikan ciri-ciri pembangunan dan tarikan di estet itu, yang bergelar kota terbersih, paling segar dan menghijau di Indonesia. Persoalan yang pasti timbul ialah mengapa Singapura dan tidak New York, Bangkok, Kuala Lumpur atau London dijadikan model pembangunan di sana? |
| You are subscribed to email updates from rss indonesia rakhma To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 komentar:
Posting Komentar