Maling Beraksi di Perumahan Bumi Sempaja in Property |
Maling Beraksi di Perumahan Bumi Sempaja Posted: 30 Nov 2010 02:25 PM PST Rabu, 1 Desember 2010 Maling Beraksi di Perumahan Bumi Sempaja
| |
NEA siasat aduan bau busuk ganggu penduduk di tiga kawasan perumahan Posted: 30 Nov 2010 02:13 PM PST Mudah cetak E-mel ![]() 1 Dis 2010 ![]() SINGAPURA ![]() NEA siasat aduan bau busuk ganggu penduduk di tiga kawasan perumahan ![]() Oleh Adli Yashir Kuchit AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang menyiasat aduan bau busuk yang mengganggu penduduk di kawasan Punggol, Yio Chu Kang dan Tampines. Jurucakap NEA mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima sekitar 100 aduan sejak 5 petang kelmarin. Penduduk yang membuat aduan menyifatkan bau itu seperti 'bau minyak', 'plastik terbakar' dan bahan kimia. Jurucakap NEA selanjutnya berkata banyak aduan diterima daripada penduduk di kawasan Sengkang dan Punggol dan selanjutnya di Seletar Hills dan Serangoon Gardens. Beberapa orang penduduk di Toa Payoh dan Ang Mo Kio turut membuat aduan mengenai bau busuk yang menyelubungi beberapa estet perumahan itu. Menurut NEA, tiada gas beracun dikesan dan ia sedang memantau keadaan. Agensi itu juga telah menghubungi agensi sekitaran di Malaysia untuk mengetahui sama ada bau busuk itu turut dikesan di Johor. Polis juga menerima beberapa panggilan mengenai kejadian tersebut. 'Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang dan menunggu laporan lanjut daripada NEA. 'Mereka juga dinasihatkan agar tidak menghubungi talian 999,' kata polis dalam satu kenyataannya semalam. Seorang pesara, Encik Abu Baker Ibnoh, 65 tahun, yang tinggal di Sengkang berkata beliau dapati kawasan di sekitaran tempatnya berkabus dan beliau terhidu bau petrol. Di Ang Mo Kio, seorang suri rumah, Cik Renee Ting, 43 tahun, pula menyangka kerja-kerja menyembur nyamuk sedang dijalankan. Ini bukan kali pertama penduduk terhidu bau busuk yang mengganggu kesejahteraan mereka. Pada Februari lalu, penduduk di kawasan Sengkang mengadu 'menghidu' bau asap, bersebab daripada kawasan semak yang terbakar. Bulan lalu, 200 tan sampah makanan dan sisa kayu yang dibuang di sebuah tapak pembinaan telah mengeluarkan bau busuk. Sementara itu, menurut laman web NEA, indeks pencemaran udara (PSI) pada 4 petang semalam ialah 36 - mutu udara masih dalam keadaan baik. |
You are subscribed to email updates from rss indonesia rakhma To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 komentar:
Posting Komentar