<b>Perumahan</b> Depok Kpr Tanah Di Jual Info Rumah Baru Seken Depok: kpr <b>...</b> in Property |
<b>Perumahan</b> Depok Kpr Tanah Di Jual Info Rumah Baru Seken Depok: kpr <b>...</b> Posted: 22 Dec 2010 06:51 AM PST Agent Perumahan Depok,Jual Tanah,Cari Tanah,Jual Tanah Jak Sel,Cari Tanah Depok,Tanah Di Jual Murah,For sale House depok, rumah dijual di depok, jual rumah Jagakarsa, cari rumah , jual rumah di depok, cari rumah di cinere, yang dijual, cari rumah murah, mau jual rumah, ingin jual rumah, jual rumah mungil, agen properti, beli rumah, bursa rumah, bursa properti, iklan rumah, dijual rumah, rumah asri, jual beli properti, jual beli rumah |
Lebih ramai seniman raih faedah skim baru Posted: 22 Dec 2010 02:15 PM PST Mudah cetak E-mel ![]() 23 Dis 2010 ![]() SINGAPURA ![]() Lebih ramai seniman raih faedah skim baru ![]() Oleh Nurul Dayana Simangoon MAJLIS Seni Singapura (NAC) akan memperkenalkan satu rangka kerja baru bagi mengembangkan lagi seni di sini tahun depan. Di bawah rangka kerja itu, Skim Perumahan Seni (AHS), yang menyewakan tempat-tempat khusus kepada para seniman berkarya dengan subsidi 90 peratus, akan diluaskan. Ini bermakna lebih banyak kumpulan seni dan seniman akan dapat memanfaatkan skim tersebut. Antara bangunan seperti itu ialah Telok Kurau Studios, iaitu bangunan lama Sekolah Rendah Telok Kurau West yang kini diubah suai menjadi studio bagi seniman setempat. Menurut kenyataan NAC semalam, rangka kerja baru tersebut akan dirintis NAC di pusat barunya, Pusat Goodman Arts, apabila ia siap tahun depan. NAC akan berpindah dari premisnya di Hill Street ke pusat barunya di Goodman Road, iaitu bangunan lama Maktab Seni Lasalle, awal tahun depan. Pusat itu akan menyediakan 49 tempat sewa baru kepada seniman berkarya, serta 36 kemudahan seperti galeri seni dan studio untuk dikongsi sesama mereka. Menurut NAC, sekurang-kurangnya 250 seniman dan kumpulan seni dapat memanfaatkan AHS dalam tempoh sedekad akan datang. Rangka kerja baru itu kemudian akan dilaksanakan di tempat-tempat seni NAC lain secara bertahap hingga 2014. Selain itu, AHS juga akan menyediakan beberapa skim khusus bagi seniman baru serta seniman mapan. Skim-skim itu bertujuan merangsang bakat seniman muda dan membantu seniman mapan mengembangkan seni, dengan menyediakan tempat khas untuk mereka berkarya. Bahkan, NAC berkata pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa bangunan yang dapat diubah suai sebagai pusat seni untuk para seniman berkarya, lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang dapat dikongsi dan tempat-tempat untuk disewa. |
You are subscribed to email updates from rss indonesia rakhma To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 komentar:
Posting Komentar